Kadang-kadang kita tak pernah tahu yang kita menghadapi penyakit seprti fibroid or cysts. and it's really scary.. i found out i have fibroid when i went to gynae and he accidentally did the ultra sound. then he told me that i have fibroid. I was scared and didnt know how to react.. and it was quite big 3.2cm.. huhuhuhu.. itulah.. kita jangka kita sihat.. tapi tahu-tahu ada fibroid.. memang takut ok.. so in this entry i'm gonna share you what fibroid really is..
Apa yang anda perlu tahu tentang fibroid?
Fibroid adalah sejenis ketumbuhan yang berasal dari tisu pada rahim. Apabila ia membesar, fibroid boleh memberikan pelbagai masalah kepada wanita seperti, menghimpit pundit kencing, mengalami haid yang banyak, sakit samasa haid dan sakit semasa bersama dan sebagainya. Ia boleh tumbuh sehingga sebesar biji bola tapi ia bukan sejenis kanser.
Kebanyakkan simtom yang dihadapi oleh wanita ialah kerap kencing, sembelit, sakit haid, darah haid yang banyak. Kadang-kadang dia boleh menghadang pintu rahim dan sekiranya wanita tersebut hamil, beliau terpaksa bersalin secara pembedahan ceasarean.
rupa fibroid.. scary ok
Bagaimana wanita boleh menghidapinya?
Fibroid adalah kejadian yang kerap terjadi iaitu pada 25% kaum wanita tetapi setakat ini kita tidak dapat pastikan bagaimana ia terjadi. Walaubagaimanapun, kehadiran hormon estrogen berkait rapat dengan pembesaran fibroid. Fibroid terjadi kebanyakkan pada mereka yang berusia 30-40 tahun iaitu dalam usia reproduktif. Apabila umur semakin meningkat dan takat estrogen yang semakin rendah, fibroid juga akan susut secara sendirinya.
Apakah simptom yang dihadapi wanita?Kebanyakkan wanita tidak mengetahui mereka mempunyai fibroid kerana ia jarang memberikan masalah tetapi sekiranya ia terlalu besar dan berada pada ruang saluran, pesakit akan mengalami:
- Sakit semasa haid (senggugut)
- Sakit belakang
- Haid yang banyak
- Sembelit
- Kencing kerap
- Keguguran yang kerap
- Sukar mengandung
Bagaimana fibroid dapat dikesan?
Kebanyakkan fibroid dikesan secara tidak sengaja kerana ia sering tidak memberi sebarang gejala. Sekiranya anda merasa sesuatu bengkak pada bahagian bawah perut, berjumpalah dengan doktor untuk mengetahui punca pada bengkak tersebut. Ujian ultrasound scan dengan senang akan dapat membezakan samada bengkak itu berasal dari firoid atau ovari.
Bagaimana fibroid ini dirawat?
Kebanyakkan fibroid tidak memerlukan rawatan tetapi doktor anda akan mempertimbangkan atau menyarankan rawatan bergantung kepada:- Sebanyak mana haid dan sakit senggugut yang anda hadapi
- Berapa cepat fibroid tersebut membesar
- Usia anda kerana fibroid akan mengecil apabila mencapai usia menopos
- Keinginan anda untuk mendapatkan anak, kerana fibroid boleh menyebabkan ketidaksuburan dan kesukaran untuk mengandung
Sekiranya anda memang memerlukan rawatan, terdapat dua jenis pembedahan yang akan disarankan. Satu dinamakan myomectomy dimana ketumbuhan itu sahaja yang akan dibedah dan dibuang oleh doktor, manakala hysterectomy pula adalah pembedahan membuang kesemua rahim dan selalunya dibuat kepada wanita yang hampir mencapai usia menopos dan mereka yang tidak lagi mahukan anak.
Bagi mereka yang masih inginkan zuriat, myomectomy adalah pilihan terbaik. Walaubagaimanpun, risiko pendarahan semasa pembedahan adalah lebih tinggi tinggi berbanding hysterectomy.
Ada juga ubat yang boleh mengecutkan fibroid tetapi ia mempunyai kesan sampingan dan keberkesanannya pula tidak begitu memuaskan kerana fiboid akan tumbuh semula selepas ubat tersebut habis dimakan. Ok ini memang menakutkan.. huhuhu
Selepas myomectomy, terdapat 25% risiko untuk fibroid membesar semula dalam masa 10 tahun. Satu -Satunya prosedur yang boleh memastikan yang fibroid tidak tumbuh semula ialah melalui hysterectomy.
No comments:
Post a Comment