Friday, March 8, 2013

Glutax 5G - Agen pemutih kulit



Ramai yang bertanya apakah itu glutathione, bagaimana ia berfungsi sebagai agen pencerah. Nama singkatan bagi glutathione ialah GSH adalah sejenis sebatian kimia yang bernama tripeptida yang mengandungi peptida yang terikat dengan kumpulan acid amino cysteine, glycyl dan glutamyl. Untuk menerangkan secara kimia tentang glutathione terlalu panjang untuk diulas. Seperti yang diketahui umum, glutathione berfungsi sebagai agen antioksidan yang menghalang kerosakan sel disebabkan oleh radikal bebas yang dilepaskan oleh sinaran UV matahari. Radikal bebas ini akan menyebabkan kulit menjadi berkedut lebih cepat dari usia dan kusam serta bertompok-tompok hitam iaitu juga dikenali sebagai pigmentasi.


Pigmentasi berlaku disebabkan pembentukan sel melanin yang tidak lengkap. Sel melanin adalah sel yang berwarna perang yang memberi warna kepada kulit, rambut dan mata manusia. Istimewanya glutathione selain daripada agen antioksidan, ia juga bertindak sebagai agen yang menukarkan penghasilan eumelanin (pigmen gelap, perang dan kuning)menjadi phaeomelanin (pigmen putih kemerahan). Ini adalah sebab kenapa kulit yang terhasil lebih putih dan cerah.

Ramai pakar kulit di Asia mengguna dan mengesyorkan penggunaan glutathione sebagai agen pencerah yang terbukti selamat dan berkesan. Di seluruh dunia, kebanyakkan selebriti dan model menggunakan glutathione sebagai agen pencerah dan antipenuaan.


Apakah perbezaan antara glutathione, asid kojic dan asid tranexamic?

Asid kojic mula dijumpai di dalam sejenis cendawan yang ditemui di Jepun yang kemudian dikenali sebagai asid kojic. Fungsinya sama seperti glutathione. Bezanya glutathione boleh didapati secara semula jadi dalam badan manusia, tetapi asid kojic hanya boleh dihasilkan oleh spesies cendawan tertentu sahaja. Fungsi sebagai agen pencerah memang diakui ramai. Kerana kepantasannya memberikan hasil yang lebih cepat daripada glutathione.

Hasil teknologi yang semakin canggih, manusia menemui satu lagi agen pencerah iaitu asid tranexamic. Sebatian ini semakin popular dikalangan para artis dan jelitawan seluruh dunia sebagai agen pencerah yang memberikan hasil yang amat memuaskan dalam masa yang lebih singkat.


Untuk hasil yang terbaik, anda boleh memilih mana-mana sebatian diatas dan dicampurkan bersama dengan vitamin c supaya kulit yang terhasil lebih halus, gebu dan putih.






No comments:

Post a Comment